ad
AGENDA

Dua lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran 16 rumah setinggan

3 Mac 2024, 7:27 AM
Dua lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran 16 rumah setinggan

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Dua lelaki warga emas lingkungan 60-an ditemukan rentung dalam kebakaran 16 unit rumah setinggan berhadapan Scott Garden, Jalan Klang Lama di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu jam 4.57 pagi.

Sembilan jentera bomba dengan 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Jalan Hang Tuah, Sentul, Sri Petaling, Pantai, Sri Hartamas, Taman Tun dan Keramat digerakkan ke tempat kejadian.

“Keadaan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain mengakibatkan operasi pemadaman agak sukar, namun kebakaran itu berjaya dikawal 6.05 pagi, dengan 12 unit rumah terbakar 100 peratus dan empat unit rumah terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap itu memaklumkan punca kebakaran masih disiaasat.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.