ad
AGENSI

Tengku Permaisuri berkenan rasmi penyalinan al-Quran Mushaf Nur Khadijah

3 Mac 2024, 6:00 AM
Tengku Permaisuri berkenan rasmi penyalinan al-Quran Mushaf Nur Khadijah
Tengku Permaisuri berkenan rasmi penyalinan al-Quran Mushaf Nur Khadijah
Tengku Permaisuri berkenan rasmi penyalinan al-Quran Mushaf Nur Khadijah

SHAH ALAM, 3 MAC: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Khadijah di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya semalam.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan menyempurnakan perasmian Penyalinan Mushaf Nur Khadijah pada majlis yang dikendalikan Yayasan Restu.

[caption id="attachment_631287" align="aligncenter" width="741"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat ke pameran Restu Global Quranic Arts Festival (ReCAF) dan pusat percetakan Nasyrul Quran selepas Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Khadijah di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya pada 2 Mac 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Mushaf Khadijah adalah naskhah berbentuk ensiklopedia al-Quran pertama terbitan Yayasan Restu dengan 40 kelebihan dalam usaha memudahkan pembaca mempelajari dan mendalami maksud ayat al-Quran.

Terdahulu, Baginda turut berkenan menulis khat ketika dibawa melawat ke pameran Restu Global Quranic Arts Festival (ReCAF) dan pusat percetakan Nasyrul Quran.

[caption id="attachment_631289" align="aligncenter" width="810"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat ke pameran Restu Global Quranic Arts Festival (ReCAF) dan pusat percetakan Nasyrul Quran selepas Majlis Pelancaran al-Quran Mushaf Khadijah di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya pada 2 Mac 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.