ad
AGENDA

SPRM tahan lelaki Pakistan disyaki cuba sogok polis di sekatan jalan raya

2 Mac 2024, 7:00 AM
SPRM tahan lelaki Pakistan disyaki cuba sogok polis di sekatan jalan raya

KOTA BHARU, 2 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki warga Pakistan disyaki cuba menyogok anggota polis di sekatan jalan raya di Tumpat, di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 1.20 pagi ketika memandu sebuah van, yang turut dinaiki seorang rakan senegaranya.

“Ketika ditahan, lelaki berkenaan cuba menyogok anggota polis bertugas sebanyak RM200 sebagai dorongan agar tidak diambil tindakan undang-undang.

“Lelaki itu didapati tidak memiliki lesen kenderaan barangan (GDL) dan menyalahgunakan pas perjalanan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini telah membenarkan lelaki itu direman enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.