ad
AGENDA

OIC mesyuarat minggu depan, bincang pencerobohan Israel terhadap Palestin

2 Mac 2024, 3:00 AM
OIC mesyuarat minggu depan, bincang pencerobohan Israel terhadap Palestin

ANKARA, 2 MAC: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).

November lepas, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan, termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt0ber lepas membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.