ad
PBT

MBPJ taja pelari menara negara, bantu kekal kejuaraan, lahir ramai jaguh

1 Mac 2024, 1:40 AM
MBPJ taja pelari menara negara, bantu kekal kejuaraan, lahir ramai jaguh

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 1 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching bagi mempromosi bandar raya itu kepada masyarakat dunia.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan melalui MoU itu, MBPJ menaja RM75,000 kepada Wai Ching bagi meneruskan penyertaan beliau di peringkat antarabangsa seterusnya mengekalkan kejuaraan yang disandang sebelum ini.

“MoU diadakan bagi mempromosi bandar raya Petaling Jaya sebagai sebuah bandar pintar, mampan dan berdaya tahan selain menjadi destinasi pelancongan pengunjung dari seluruh dunia.

“Selain itu juga bandar raya ini boleh dijadikan pusat latihan larian menara untuk melatih anak-anak muda Petaling Jaya menceburi bidang ini seterusnya melahirkan ramai jaguh larian menara,” katanya menerusi Facebook semalam.

Antara persetujuan bersama MoU yang ditandatangani itu adalah memakai baju atau jersi berlogo MBPJ pada setiap pertandingan larian menara dalam dan luar negara selain sesi temu ramah.

Selain itu, Wai Ching juga akan menjadi duta rasmi kepada MBPJ dan sentiasa mempromosikan PBT itu kepada orang ramai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.