ad
BERITA UTAMA

MBDK peruntuk RM212 juta naik taraf kemudahan demi keselesaan warga Klang

29 Feb 2024, 1:45 PM
MBDK peruntuk RM212 juta naik taraf kemudahan demi keselesaan warga Klang

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 29 FEB: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memperuntukkan sejumlah RM212 juta bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur dan pengindahan Klang.

Datuk Bandarnya Datin Paduka Noraini Roslan berkata perbelanjaan itu termasuk kebersihan alam sekitar dan kesihatan awam yang berjumlah RM91.914 juta dan penyelenggaraan parit RM24.957 juta.

"Penyelenggaraan jalan pula sebanyak RM 67.250 juta, pengindahan dan penyelenggaraan taman serta landskap RM28.056 juta,” katanya dalam mesyuarat penuh MBDK, hari ini.

Tambah Noraini MBDK akan menekankan pembangunan secara holistik dan mampan ke arah memperkasakan Klang sebagai bandar raya warisan Diraja dan pelabuhan berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada MBDK yang meraih Anugerah Pengiktirafan Diamond kategori Rakan Kongsi di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023  pada 7 Februari lalu.

“Pengiktirafan Diamond kategori Rakan Kongsi MBDK turut diberikan kepada kepada penerima antaranya Bangunan Sultan Alam Shah, Ibu Pejabat MBDK, SMK (P) Raja Zarina, SK Taman Gembira, ⁠Mewah Oils Sdn Bhd dan SK Pelabuhan Klang.

“Tahniah diucapkan kepada kesemua 16 penerima Anugerah Pengiktirafan Diamond ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.