ad
EXCO

Negeri sedia kemudahan sukan kepada atlet prestasi tinggi

29 Feb 2024, 8:28 AM
Negeri sedia kemudahan sukan kepada atlet prestasi tinggi
Negeri sedia kemudahan sukan kepada atlet prestasi tinggi

SHAH ALAM, 29 FEB: Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan sukan kepada atlet acara kurang popular berprestasi tinggi bagi menjalani latihan dengan lebih baik.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu disediakan mengikut permintaan penggunaan.

[caption id="attachment_628005" align="alignleft" width="345"] EXCO Sukan Najwan Halimi[/caption]

“Pembangunan fasiliti kurang tumpuan ini juga memenuhi keperluan masyarakat setempat seperti berekreasi.

“Ia termasuk penggunaan dewan-dewan yang boleh digunakan untuk sukan bukan aliran utama mengikut perbezaan kategori,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron yang ingin mengetahui rancangan negeri dalam perkasa sukan kurang popular pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Najwan memaklumkan Kerajaan Negeri menyediakan fasiliti mengikut spesifikasi yang ditetapkan badan sukan yang memenuhi keperluan atlet prestasi tinggi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.