ad
BERITA UTAMA

Dana RM7 juta baiki pangsapuri usang bawah skim Ceria

28 Feb 2024, 8:00 AM
Dana RM7 juta baiki pangsapuri usang bawah skim Ceria

SHAH ALAM, 28 FEB: Sejumlah RM7 juta diperuntuk Kerajaan Selangor tahun ini bagi membaik pulih pangsapuri usang menerusi Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (Ceria).

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata skim bawah pemantauan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dikhaskan untuk pangsapuri kos rendah dan sederhana.

Beliau menjelaskan LPHS turut menyediakan pelbagai program berdaya komuniti bagi menceriakan kediaman usang untuk demi keterjaminan dan keselesaan penduduk.

"(Program) turut (menumpukan usaha) menambah pendapatan komuniti antaranya laman hijau, rewang sekampung pangsapuri dan kawalan kediaman seperti pemasangan kamera litar tertutup," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Abbas Azmi berhubung skim berkenaan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan dana RM1 juta bagi membaik pulih lapan blok pangsapuri kos rendah sekitar Pandan Indah.

Jelasnya, inisiatif itu seiring matlamat mewujudkan kediaman bertingkat yang selesa selain meningkatkan martabat setiap rakyat tanpa ada yang terpinggir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.