ad
AGENDA

Sultan seru guna air berhemah, bantu tingkat simpanan air semasa

27 Feb 2024, 4:30 AM
Sultan seru guna air berhemah, bantu tingkat simpanan air semasa

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru rakyat menggunakan air secara cermat dan berhemah setiap hari.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah ia berikutan tahap kesedaran segelintir pihak dilihat masih rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik tinggi.

"Beta menyeru seluruh rakyat untuk bersama menggunakan air harian secara cermat dan berhemah bagi menyumbang kepada peningkatan simpanan air semasa.

"Tahap kesedaran terhadap penggunaan air secara berhemah masih berada pada tahap rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik tinggi dianggarkan 215 liter seorang sehari," titah baginda.

Baginda bertitah pada istiadat pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan kesyukuran Selangor dilimpahi kemakmuran dan mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi.

"Bagaimanapun, wajar ada persediaan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau," titah baginda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.