ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan cemar duli ke istiadat Dewan Negeri Selangor

27 Feb 2024, 1:56 AM
Sultan Selangor berkenan cemar duli ke istiadat Dewan Negeri Selangor
Sultan Selangor berkenan cemar duli ke istiadat Dewan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Speaker DNS Lau Weng San.

Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_630617" align="aligncenter" width="809"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memeriksa kawalan Kehormatan Utara Tentera Laut Diraja Malaysia ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Istiadat pembukaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Selangor sejurus keberangkatan tiba Sultan Selangor sebelum Baginda berkenan memeriksa kawalan Kehormatan Utara Tentera Laut Diraja Malaysia.

Persidangan DNS ke-15 yang dijadual berlangsung 10 hari hingga 11 Mac boleh diikuti secara langsung menerusi SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

Laporan setiap hari ucapan dan perbahasan wakil rakyat juga boleh diikuti melalui portal selangorkini.my

Laporan berita boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini. Ia juga bakal dimuatkan dalam tiga edisi lain termasuk MandarinTamil dan Inggeris.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.