ad
AGENDA

PM Palestin letak jawatan, terima tekanan beberapa negara

26 Feb 2024, 12:15 PM
PM Palestin letak jawatan, terima tekanan beberapa negara

RAMALLAH, 26 FEB: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh, menyerahkan surat peletakan jawatannya di Ramallah pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut penyiar Watan TV yang memetik pegawai kerajaan, peletakan jawatan terbabit dikatakan susulan tekanan yang diterima daripada beberapa negara.

Peletakan jawatan Shtayyeh turut dilihat sebagai usaha untuk merintis jalan kepada matlamat penyelesaian dua negara walaupun berdepan pelbagai halangan.

Shtayyeh yang berkhidmat sejak 2005 itu akan terus berkhidmat sebagai ketua kerajaan sementara.

Pembentukan kerajaan baharu dijangka mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.