ad
AGENDA

Agong titah Malaysia terus aktif pupuk semangat perpaduan, lebih tegas tentang keganasan

26 Feb 2024, 8:12 AM
Agong titah Malaysia terus aktif pupuk semangat perpaduan, lebih tegas tentang keganasan

SHAH ALAM, 26 FEB: Pendirian Malaysia dalam mendukung keamanan dan menentang keganasan harus disuarakan dengan lebih tegas di peringkat antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah selain itu di peringkat Asean mahupun dunia Malaysia perlu terus aktif berperanan dalam memupuk semangat perpaduan dan memacu kemajuan mengambil kira cabaran geopolitik serantau.

"Malaysia perlu tegas menyuarakan pendirian berhubung isu Palestin dengan menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan dan akses bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin dipercepatkan," titah Seri Paduka Baginda sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Media antarabangsa melaporkan pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup lapor AFP seperti dipetik WAFA.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barang keperluan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.