ad
AGENDA

Kerajaan perkenal program pertanian bandar, sasar penyertaan golongan miskin

25 Feb 2024, 10:32 AM
Kerajaan perkenal program pertanian bandar, sasar penyertaan golongan miskin
Kerajaan perkenal program pertanian bandar, sasar penyertaan golongan miskin

KUALA SELANGOR, 25 FEB: Kerajaan bercadang melaksanakan program pertanian bandar dengan menyasarkan penglibatan golongan miskin.

Perdana menteri berkata semua agensi berkaitan pertanian diberikan tempoh sebulan untuk mengemukakan perancangan yang sesuai bagi program tersebut.

"Usaha itu dijalankan melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) termasuk semua agensi berkaitan pertanian.

“Malaysia ini masalah miskin bandar besar. Saya hari ini mencadangkan pelaksanaan melalui Mardi dan semua agensi berkaitan dengan menumpukan pengeluaran pertanian di bandar.

“Fokusnya kelompok miskin bandar sama ada melalui (tanaman) sayur. (Tetapi) tanam padi tidak bolehlah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi dialog selepas merasmikan Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan program pertanian bandar di negara jiran Singapura wajar diteroka serta dicontohi di kawasan kekurangan tanah di bandar dan pinggir bandar dengan permulaan di Kuala Lumpur.

“Saya juga minta menteri (berkaitan) meneliti perkara ini termasuk menyediakan peruntukan tambahan khas dalam bidang ini bagi meningkatkan kegiatan pertanian di bandar,” katanya.

[caption id="attachment_630356" align="aligncenter" width="704"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pengunjung di tapak reruai selepas merasmikan Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.