ad
AGENDA

Selangor perintis bina gudang bekalan makanan, tahan hingga tiga bulan

25 Feb 2024, 9:00 AM
Selangor perintis bina gudang bekalan makanan, tahan hingga tiga bulan
Selangor perintis bina gudang bekalan makanan, tahan hingga tiga bulan

KUALA SELANGOR, 25 FEB: Selangor menjadi negeri pertama mewujudkan simpanan bekalan makanan yang dijangka memiliki daya tahan sehingga tiga bulan.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM50 juta bagi mewujud keterjaminan makanan membabitkan bekalan makanan seperti beras, ayam, daging dan ikan.

“Keterjaminan bekalan makanan kita akan dimulakan dengan tanaman, dengan memastikan hasil ternakan dan bekalan makanan ternakan iaitu bijirin jagung, yang akan mengurangkan kebergantungan terhadap import.

“Kita juga akan menyimpan makanan seperti beras, ayam, ikan daging untuk rakyat Selangor. Kalau ia berjaya kita akan daya tahan sehingga tiga bulan sekiranya berlaku krisis,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_630327" align="alignnone" width="959"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau program Jualan Termurah Madani dan Karnival Kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jualan Termurah Madani peringkat Parlimen Tanjung Karang di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang di sini hari ini.

Turut hadir EXCO Pelancong Ng Suee Lim, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop.

Menurut Amirudin, negeri bakal membina sebuah gudang khas bagi menempatkan bekalan makanan terbabit selain akan dijual pada program jualan murah bagi memastikan kesinambungannya.

“Isu yang lebih penting, jualan ini akan bergabung dengan stok simpanan makanan kita. Saya akan bincang dengan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) supaya ia tidak membazir dan digunakan tepat pada waktunya,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.