ad
AGENDA

Lebih 2,000 peluang kerja ditawar di program Madani Rakyat

24 Feb 2024, 10:00 AM
Lebih 2,000 peluang kerja ditawar di program Madani Rakyat
Lebih 2,000 peluang kerja ditawar di program Madani Rakyat

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 38 majikan dan syarikat dengan 30 peratus daripadanya disasarkan untuk diisi terus di seluruh negara dengan majoriti penempatan pekerjaan di Kuala Selangor.

Ahli Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (MTVET) Negara Halim Abdullah berkata pengunjung terutama anak muda boleh merebut peluang ini yang ditawarkan pada program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini.

Beliau berkata pameran kerjaya, temu duga terbuka, sesi kaunseling kerjaya disediakan di reruai Perkeso (MYFuturesJobs).

Menurutnya pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan serta peluang menyertai program latihan TVET berdasarkan kecenderungan dan minat masing-masing.

“Selain peluang pekerjaan pelbagai institusi TVET seluruh negara di bawah kementerian turut terlibat yang menyediakan maklumat dan perkhidmatan bidang masing-masing.

“Antara pempamer terlibat Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia, Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS), Kementerian Belia Dan Sukan Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan banyak lagi.

“Kita juga mendapat kerjasama MAG Auto Garage juga merupakan pusat sehenti automotif atau one stop centre yang turut terlibat secara aktif dalam pelaksanaan latihan TVET selain jenama Blueshark Malaysia yang mempromosikan teknologi tinggi kenderaan elektrik (pemotoran),” katanya ketika ditemui di Karnival Kerjaya dan TVET sempena program itu hari ini.

[caption id="attachment_630134" align="aligncenter" width="704"] Duta Platform Selangor (Plats) mempromosi insentif ditawarkan kepada peniaga ketika Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Program Madani Rakyat Zon Tengah yang berakhir esok, menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung antaranya kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia, penukaran topi keledar percuma selain pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.