ad
AGENDA

Warga asing maut digilis kereta api di Pelabuhan Klang

24 Feb 2024, 4:31 AM
Warga asing maut digilis kereta api di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 24 FEB: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai digilis kereta api di Pelabuhan Utara dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki tersebut pada pukul 11.35 pagi.

"Kejadian berlaku di tepi landasan berhadapan kilang di Jalan Pelabuhan Utara. Mangsa berusia 19 tahun dan terdapat kecederaan di bawah paras lutut kedua-dua kaki dipercayai digilis kereta api," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan," katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.