ad
AGENDA

Dua maut, dua cedera letupan gas sebuah kilang di Puchong

23 Feb 2024, 5:21 AM
Dua maut, dua cedera letupan gas sebuah kilang di Puchong

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Dua maut, dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, hari ini.

Penolong Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.14 pagi tadi.

Beliau berkata bomba mengerahkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang serta BBP Cyberjaya.

“Setibanya di lokasi terdapat letupan melibatkan gas asetilena di sebuah kilang dan terdapat empat mangsa yang terlibat. Kerja ventilation sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau kesemua identiti mangsa sedang dikenal pasti.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.