ad
AGENDA

Tengku Permaisuri rasmi Pasar Budaya Palong di Sabak Bernam, jualan setiap Sabtu

22 Feb 2024, 1:10 PM

SABAK BERNAM, 22 FEB: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan Pasar Budaya Palong di Parit 8, Sungai Panjang di sini, hari ini.

Mengiringi keberangkatan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ialah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop.

Baginda kemudian meluangkan masa mengunjungi 19 gerai menjual pelbagai produk tempatan yang menjadi identiti penduduk di Sabak Bernam termasuk mencuba kuih tradisional seperti loyang, dodol dan punten.

Pasar Budaya Palong yang dikenali sebagai pasar klasik digital berdaftar bawah Platform Selangor (PLATS) dan beroperasi pada setiap Sabtu.

Terdahulu, Tengku Permaisuri diarak sejauh lebih satu kilometer dengan menaiki kereta kuda ke Pasar Budaya Palong yang beroperasi sejak tiga minggu lalu.

[caption id="attachment_629844" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mengunjungi Pasar Budaya Palong di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629846" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop melawat reruai ketika lawatan ke Pasar Budaya Palong di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629849" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad melawat reruai ketika lawatan ke Pasar Budaya Palong di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629851" align="aligncenter" width="700"] Peniaga menunjukkan barangan yang dijual di Pasar Budaya Palong, Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629850" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membeli kuih muih ketika mengunjungi Pasar Budaya Palong di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629852" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad menaiki kereta kuda ke lawatan Pasar Budaya Palong di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_629858" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung membayar dengan mengimbas kod QRPay ketika membeli di Pasar Budaya Palong Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 22 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.