ad
BERITA UTAMA

Raja Muda berkenan cuba gunting rambut, bertemu pelatih IKBN

22 Feb 2024, 8:02 AM
Raja Muda berkenan cuba gunting rambut, bertemu pelatih IKBN
Raja Muda berkenan cuba gunting rambut, bertemu pelatih IKBN

HULU SELANGOR, 22 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenaan melakukan demonstrasi gunting rambut pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini.

Tengku Amir Shah mencuba teknik ‘hair clipper’ (mesin gunting) untuk menggunting rambut replika yang biasa digunakan pelatih kursus Sijil Perekaan Gaya Rambut ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di institusi itu.

Terdahulu Raja Muda berkenaan melawat institusi berkenaan dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelatih di situ.

[caption id="attachment_629783" align="alignleft" width="500"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika melawat pelajar IKBN Peretak pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Petang ini Tengku Amir dijadual mencemar Duli ke Santuari Ikan Sungai Chiling sebelum berangkat ke Majlis Perasmian Gagasan Rumpun Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu malam ini.

Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor turut melibatkan program lain seperti Karnival Perpaduan Rumpun Selangor peringkat Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperkenalkan Gagasan Rumpun Selangor bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini.

Amirudin berkata program tersebut diadakan di sembilan daerah dengan peruntukan RM4.5 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.