ad
AGENDA

Perbaharui lesen memandu, cukai jalan di Program Madani Rakyat

21 Feb 2024, 3:00 PM
Perbaharui lesen memandu, cukai jalan di Program Madani Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan boleh berbuat demikian pada Program Madani Rakyat Zon Tengah bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Menurut laman Facebook Rasmi Malaysia Madani, pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat pembayaran saman kecuali kes senarai hitam di perkhidmatan bergerak JPJ itu sepanjang berlangsung program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://www.malaysiamadani.gov.my

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.