ad
AGENDA

Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung di kipas rumah, suami ditahan

20 Feb 2024, 6:19 AM
Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung di kipas rumah, suami ditahan

SEREMBAN, 20 FEB: Polis menahan seorang juruteknik berusia 30an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun, mati tergantung di kipas di dalam rumah berkenaan.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai menahan suami wanita itu 1 pagi tadi dan lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.