ad
AGENSI

Anjur jualan murah lebih kerap, bantu ringan beban penduduk

20 Feb 2024, 6:04 AM
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu ringan beban penduduk
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu ringan beban penduduk
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu ringan beban penduduk
Anjur jualan murah lebih kerap, bantu ringan beban penduduk

SELAYANG, 20 FEB: Pusat Khidmat Parlimen Selayang bercadang menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) dua kali sebulan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang bagi memenuhi permintaan penduduk.

Pegawai penyelarasnya Lia Ariffin berkata penduduk sentiasa menantikan program itu berikutan harga yang ditawarkan murah berbanding pasaran.

"Bulan lepas program ini diadakan di Dataran Penghulu Mukim dan kira-kira 600 pengunjung hadir.

[caption id="attachment_629382" align="alignleft" width="500"] Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Lia Ariffin ditemui pada pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuang di Kampung Setia, Rawang pada 20 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita sasar jualan murah ini lebih kerap diadakan di tujuh lokasi seluruh daerah Kuang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata program di Laman Naluri, Kampung Setia hari ini memanfaatkan 400 pembeli.

“Orang ramai mula beratur seawal jam 7 pagi dan barangan paling mendapat sambutan adalah telur dan ayam,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh sebagai rakan strategik melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premisnya.

[caption id="attachment_629383" align="aligncenter" width="878"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuang di Kampung Setia, Rawang pada 20 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Hujung tahun lalu, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 sempena Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian JER.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_629384" align="aligncenter" width="811"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuang di Kampung Setia, Rawang pada 20 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.