ad
AGENDA

Pelancong Perancis sesat lebih lapan jam di Taman Negara Pulau Pinang diselamatkan

20 Feb 2024, 1:35 AM
Pelancong Perancis sesat lebih lapan jam di Taman Negara Pulau Pinang diselamatkan

BALIK PULAU, 20 FEB: Lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang memaklumkan mangsa sesat.

"Berikutan itu pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi.

Beliau berkata mangsa yang boleh dihubungi menerusi telefon bimbitnya ditemukan pada 1.22 pagi dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya 17 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu yang tamat pada 4.58 pagi ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.