ad
AGENSI

Kuang, Pandan Indah antara lokasi jualan murah barangan asas hari ini

19 Feb 2024, 11:50 PM
Kuang, Pandan Indah antara lokasi jualan murah barangan asas hari ini
Kuang, Pandan Indah antara lokasi jualan murah barangan asas hari ini

SHAH ALAM, 20 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di Laman Naluri, Jalan Besar Kundang Kampung Setia (Kuang); Taman Kasawari Bukit Rotan (Bukit Malawati) dan Jalan Cempaka 31 Laman 9, Kampung Pandan (Pandan Indah).

JER menawarkan barangan asas seperti ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata sejumlah RM547,000 subsidi diperuntuk menerusi JER pada Januari lalu dengan nilai jualan terkumpul di 46 lokasi adalah RM1.64 juta.

Sepanjang tahun ini juga PKPS akan meneruskan jualan di 1,120 lokasi dan akan turut menganjurkan jualan mega Aidilfitri dijangka pada 6 dan 7 April nanti.

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.