ad
AGENSI

Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina

18 Feb 2024, 7:00 AM
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina
Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina

AMPANG JAYA, 18 FEB: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM190,000 kepada 51 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata seramai 20 individu terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di setiap DUN menerima RM150.

[caption id="attachment_629155" align="aligncenter" width="777"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada Media Selangor selepas program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

“Antara DUN yang menerima sumbangan hari ini termasuk Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Taman Templer, Gombak Setia, Paya Jaras dan Parlimen Gombak.

“Sebelum ini sumbangan selesai di beberapa zon termasuk Klang pada minggu lalu,” katanya selepas program Sumbangan Tahun Baharu Cina Berpusat Pekawanis di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

[caption id="attachment_629156" align="aligncenter" width="767"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa, Taman Templer dan Bukit Lanjan hadir pada program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

Masdiana berharap sumbangan diagihkan dapat meringankan beban golongan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina.

“Pekawanis juga akan terus giat melaksanakan program terutama bagi menyantuni golongan memerlukan ini ketika musim perayaan,” katanya.

[caption id="attachment_629158" align="aligncenter" width="722"] Donna Choo, 68. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

Penerima Donna Choo, 68, berkata beliau gembira dengan sumbangan itu dan menyifatkan semua kaum dirai dan tiada siapa dipinggirkan di negeri ini.

“Memang saya amat gembira. Bolehlah beli barang keperluan untuk berkongsi dengan anak cucu,” katanya.

[caption id="attachment_629157" align="aligncenter" width="817"] Toh Keng Chim, 70. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

Toh Keng Chim, 70 berkata ibunya Lim Kim Foong, 91, sangat gembira bila mendapat panggilan menjadi penerima sumbangan itu dan mahu menggunakannya untuk membeli barangan dapur.

“Diharap program seperti ini diteruskan dan lebih ramai lagi dapat sumbangan,” katanya.

[caption id="attachment_629153" align="aligncenter" width="812"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.