ad
AGENDA

Polis tahan lelaki disyaki keldai akaun

18 Feb 2024, 6:37 AM
Polis tahan lelaki disyaki keldai akaun

BALIK PULAU, 18 FEB: Polis menahan seorang lelaki, Khamis lepas dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.

"Lelaki itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.