ad
PILIHAN MINGGUAN

Sultan titah perkasa model pendidikan tahfiz, buka peluang lanjut pelajaran

16 Feb 2024, 12:40 PM
Sultan titah perkasa model pendidikan tahfiz, buka peluang lanjut pelajaran
Sultan titah perkasa model pendidikan tahfiz, buka peluang lanjut pelajaran

SHAH ALAM, 16 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan pihak berkuasa agama negeri memperkasa model pendidikan tahfiz bagi memberi peluang kepada pelajarnya melanjut pelajaran ke peringkat tertinggi.

Selangor Royal Office di Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah usaha itu juga bagi menawarkan bidang kerjaya yang diminati generasi muda pada masa sekarang.

"Menerusi Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) Model Intervensi Tahfiz bagi pelajar tahfiz swasta mengikuti kelas arus perdana serta mendaftar sebagai calon sekolah bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berjaya direalisasikan," tulisnya berkongsi titah Baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Ke-71 semalam.

[caption id="attachment_616384" align="alignnone" width="797"] Pelajar Akademi Tahfiz Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang turut serta dalam program bacaan Yasin untuk Palestin di Masjid Ara Damansara, Petaling Jaya pada 30 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Menurutnya, Sultan Sharafuddin berharap penekanan dapat diberikan kepada mata pelajaran bahasa Arab dalam empat model tahfiz.

"Ini agar pelajar tahfiz yang dilahirkan nanti bukan hanya fasih menghafal al-Quran malah mereka juga berkemahiran memberikan tafsiran yang tepat kepada ayat-ayat suci al-Quran," katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor bertitah mengenai kepentingan usaha mencari jalan mengatasi isu itu dengan mengkaji kaedah memperluas kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lepas yang mengisytiharkan 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan sebagai batal dan tidak sah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.