ad
AGENDA

Skuad hoki 5 sebelah lelaki kebangsaan terima durian runtuh RM96,000

15 Feb 2024, 2:12 PM
Skuad hoki 5 sebelah lelaki kebangsaan terima durian runtuh RM96,000

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menunaikan janjinya apabila meluluskan insentif kemenangan sebanyak RM96,000 kepada skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan.

Insentif itu sebagai imbuhan buat pasukan berkenaan yang muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia 5s, di Muscat, Oman, bermula 28-31 Jan lepas.

Perkara itu diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam kenyataan ringkas menerusi media sosialnya hari ini, sambil mengucapkan terima kasih kepada Hannah dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas insentif itu.

Ketika menyambut kepulangan skuad kendalian Wallace Tan dari Muscat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 Feb lepas, Hannah berkata skuad berkenaan mereka bakal menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM80,000.

Beliau berkata pihaknya juga akan membayar semula wang yang telah dibelanjakan KHM bagi kempen piala dunia itu.

Malaysia muncul naib juara edisi Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Oman.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.