ad
AGENSI

Yide serah wang tunai, keperluan asas, ringankan beban mangsa kebakaran

15 Feb 2024, 8:30 AM
Yide serah wang tunai, keperluan asas, ringankan beban mangsa kebakaran

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 15 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulur bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, semalam.

Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas disempurnakan Pemangku Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menyalurkan sumbangan melalui dana musibah seliaan YIDE bagi meringankan beban mangsa,” tulisnya di Facebook.

Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu difahamkan berpunca daripada kebocoran pada saluran paip gas ketika ahli keluarga sedang menyediakan sarapan di dapur. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Dalam pada itu, Yide mempelawa orang ramai untuk menyumbang ke Infaq Dana Musibah Malapetaka Yide atau melalui aplikasi infaqYIDE.

“Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, dan semestinya setiap sumbangan anda dapat mengukirkan senyuman setiap mangsa yang kami santuni,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.