ad
AGENSI

HIS Toyyiba sasar 300 peniaga PLATS sertai program bimbingan pensijilan halal

14 Feb 2024, 12:30 PM
HIS Toyyiba sasar 300 peniaga PLATS sertai program bimbingan pensijilan halal
HIS Toyyiba sasar 300 peniaga PLATS sertai program bimbingan pensijilan halal

SHAH ALAM, 14 FEB: Halal International Selangor (HIS) Toyyiba Sdn Bhd menyasarkan 300 usahawan Platform Selangor (PLATS) sertai program bimbingan pensijilan halal tahun ini.

Pengurus besarnya berkata mereka akan diberi latihan usahawan selama tiga bulan sebelum menjalani program bimbingan pensijilan halal selama tiga bulan.

[caption id="attachment_602626" align="aligncenter" width="746"] Pengurus Besar HIS Toyibba Muhammad Syaril Showkat Ali pada Majlis Apresiasi Program HIS Operator sektor industri halal di Pavilion Selangor Mitec Kuala Lumpur pada 12 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sedang buat saringan terutama peniaga yang mempunyai premis kerana salah satu kriteria permohonan sijil halal adalah memiliki premis perniagaan,” kata Muhammad Syaril Showkat Ali ketika dihubungi.

PLATS yang diperkenal susulan perintah kawalan pergerakan empat tahun lalu membantu golongan perusahaan kecil mikro sederhana untuk mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan.

HIS Toyyiba Sdn Bhd pula adalah inisiatif Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri bertaraf global dalam industri halal selain berfungsi sebagai agensi peneraju kepada tiga inisiatif Pelan Tindakan Halal Selangor 2020-2030.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.