ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 21 Februari

14 Feb 2024, 10:00 AM
Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 21 Februari

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 21 Feb ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.