ad
AGENDA

Polis Johor tahan lelaki warga asing pecah cermin kenderaan di lebuh raya

12 Feb 2024, 2:20 PM
Polis Johor tahan lelaki warga asing pecah cermin kenderaan di lebuh raya

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands serta merampas sebuah kenderaan.

"Lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dilaporkan polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dalam kejadian Sabtu lepas.

Polis menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang hari sama susulan video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.