ad
AGENSI

Tuaian fasa kedua jagung bijirin bermula, penuhi permintaan, harga murah banding import

12 Feb 2024, 7:19 AM
Tuaian fasa kedua jagung bijirin bermula, penuhi permintaan, harga murah banding import
Tuaian fasa kedua jagung bijirin bermula, penuhi permintaan, harga murah banding import

SHAH ALAM, 12 FEB: Kerja tuaian fasa kedua ladang jagung bijirin milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjalan sejak awal bulan ini secara berperingkat melibatkan hampir lapan hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata hasil itu akan memenuhi permintaan tinggi penternak kecil dan pemain industri memandangkan harga murahnya berbanding import.

“Proses berjalan mulai 5 Februari lalu, seterusnya Rabu ini, 3 dan 23 Mac. Kita pastikan proses berjalan lancar supaya urusan pembekalan mudah.

[caption id="attachment_624743" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi ketika sidang media Majlis Penuaian Jagung Bijirin Komersial PKPS di Lanadang Kuala Langat Selatan, Kuala Langat pada 21 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Melihat kepada permintaan dan kesesuaian tanaman itu, projek akan diperluas tahun ini dan awal 2025 bagi memastikan tanah seluas 121 hektar dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Pada 21 Januari lalu, PKPS menuai 118 tan hasil pertama jagung bijirin berkualiti tinggi yang ditanam tahun lalu melibatkan kawasan seluas 16.9 hektar di Kuala Langat Selatan di sini.

Projek julung kali Kerajaan Selangor itu bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ayam, sekali gus mengurangkan atau menstabilkan harga ayam di negeri ini.

Berikutan kejayaan berkenaan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang berbincang dengan negeri lain bagi menjalin usahasama tanaman berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.