ad
AGENSI

Hampir 100 anak asnaf sertai khatan perdana anjuran LZS

12 Feb 2024, 4:44 AM
Hampir 100 anak asnaf sertai khatan perdana anjuran LZS

SHAH ALAM, 12 FEB: Hampir 100 anak-anak asnaf di sekitar daerah Petaling diraikan dalam majlis khatan perdana anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), kelmarin.

Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS berkata program tahunan itu diadakan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya dengan kerjasama penduduk setempat.

Menurut Md Yusmizan Yusuf pihaknya menerima penyertaan menggalakkan daripada peserta seawal usia tiga tahun sehingga berusia 12 tahun.

“Program ini melibatkan anak-anak asnaf dari lima masjid di sekitar Petaling yang kita himpunkan di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya bagi program khatan perdana.

“Semua perbelanjaan berkhatan disediakan percuma kepada anak-anak asnaf namun yuran RM150 dikenakan kepada penduduk,” katanya menerusi perkongsian TvZakat di Facebook, hari ini.

Md Yusmizan menambah peserta turut diceriakan dengan gimik semburan air oleh bomba selain diarak menaiki trak pacuan empat roda dan motosikal kuasa besar polis.

“Insya-Allah program tahunan ini akan diteruskan lagi setiap tahun bersama masyarakat dan agensi pihak berkuasa bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.