ad
AGENDA

KPN buat lawatan mengejut di IPD Nilai, lokap Balai Polis Mantin

12 Feb 2024, 4:00 AM
KPN buat lawatan mengejut di IPD Nilai, lokap Balai Polis Mantin

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membuat lawatan mengejut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan.

Lawatan mengejut itu susulan tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang Sabtu lalu bagi memantau sendiri operasi harian barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Razarudin dalam kenyataan melalui akaun TikTok rasmi beliau hari ini berkata tinjauan mengejut itu bukan untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, namun ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetul amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.

"Sama-sama kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, insya-Allah," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.