ad
AGENDA

Warga emas ditemukan rentung dalam rumah kedai

12 Feb 2024, 2:39 AM
Warga emas ditemukan rentung dalam rumah kedai

IPOH, 12 FEB: Lelaki warga emas yang lumpuh ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru, Ayer Tawar dekat Manjung, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dengan bantuan BBP Sitiawan dan Manjung bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 11.41 malam.

Beliau berkata operasi menyelamat itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dari Ayer Tawar, Pekan Baru, Teluk Intan dan Pantai Remis.

"Mangsa dikenali sebagai Loo Leng Wion berusia 90 tahun yang lumpuh ditemukan pada 3.35 pagi berhampiran dengan pintu bilik di tingkat atas rumah kedai berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi pemadaman kebakaran itu masih berterusan sehingga kini.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.