ad
AGENDA

Polis buru suspek menyamar penjual susu lembu, samun dua utas rantai emas

11 Feb 2024, 1:45 PM
Polis buru suspek menyamar penjual susu lembu, samun dua utas rantai emas

IPOH, 11 FEB: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit, dalam kejadian di Tanjung Rambutan, 8 Feb lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi, wanita berusia dalam lingkungan 38 tahun itu telah didatangi suspek yang dipercayai warga tempatan.

“Semasa sedang berurusan, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya itu.

“Suspek sempat mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Yahaya berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Dua utas yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapa mangsa, dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.