ad
AGENDA

MB teruskan tradisi ziarah sahabat Tionghoa, harap hubungan terus erat

11 Feb 2024, 10:10 AM
MB teruskan tradisi ziarah sahabat Tionghoa, harap hubungan terus erat
MB teruskan tradisi ziarah sahabat Tionghoa, harap hubungan terus erat
MB teruskan tradisi ziarah sahabat Tionghoa, harap hubungan terus erat

SHAH ALAM, 11 FEB: Dato’ Menteri Besar meneruskan tradisi setiap tahun menziarahi rumah sahabat kaum Tionghoa di Gombak sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kunjungan Dato’ Seri Amirudin Shari itu ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad. Turut serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli.

Menerusi Facebook, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak memulakan program ziarah ke rumah Long Fei Fei meluangkan masa bertanya khabar serta dijamu dengan makanan tradisi Yee Sang.

Dengan tradisi ziarah itu, Amirudin berharap hubungan mesra yang dijalin terus kukuh dan erat.

Terdahulu, Amirudin bersama beberapa barisan EXCO meraikan Tahun Baharu Cina dengan berkunjung ke kediaman EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim.

Antara pentadbiran Kerajaan Negeri yang hadir EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin, EXCO Belia Mohd Najwan Halimi dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail.

[caption id="attachment_628163" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika berkunjung ke kediaman sahabatnya sempena Tahun Baharu Cina di Gombak pada 11 Februari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

[caption id="attachment_628161" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika berkunjung ke kediaman EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Gombak pada 11 Februari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.