ad
AGENDA

Sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

9 Feb 2024, 3:55 AM
Sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Taman Beringin, Jinjang, di sini pagi ini.

Komander Operasi Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 5.20 pagi dan 25 anggota bersama tiga jentera dan sebuah lori tangki dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata kebakaran seluas 1,800 kaki persegi itu memusnahkan empat kereta, sebuah lori dan empat motosikal.

"Api dapat dikawal 29 minit dan tiada mangsa terlibat, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.