ad
AGENDA

263 individu termasuk pelacur ditahan di bangunan hotel tinggal, tidak beroperasi

9 Feb 2024, 12:21 AM
263 individu termasuk pelacur ditahan di bangunan hotel tinggal, tidak beroperasi
263 individu termasuk pelacur ditahan di bangunan hotel tinggal, tidak beroperasi
263 individu termasuk pelacur ditahan di bangunan hotel tinggal, tidak beroperasi

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Seramai 229 lelaki dan 34 wanita ditahan dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an dan mereka terdiri rakyat China, Nepal, Pakistan, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia selain warga tempatan.

Bercakap dalam sidang media Op Noda, beliau berkata daripada 34 wanita yang ditahan itu, 20 adalah pelacur manakala selebihnya warga asing yang menyewa bilik di hotel berkenaan.

“Bangunan berkenaan kebanyakannya disewa oleh pendatang dan terdapat aktiviti persundalan dijalankan di premis itu.

[caption id="attachment_627823" align="aligncenter" width="726"] Seramai 34 wanita ditahan dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak beroperasi di Jalan Pasar Baharu, Pudu pada 8 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

"Modus operandi mereka adalah pelacur ini mencari pelanggan di lobi hotel sebelum dibawa ke tingkat atas dan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM100,” katanya.

Selain itu, Allaudeen berkata polis juga menahan 14 kanak-kanak yang merupakan pendatang asing dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi.

“Sekiranya mereka memiliki dokumentasi mereka akan dilepaskan kembali,” katanya.

Beliau berkata warga asing itu akan menjalani saringan air kencing bagi menentukan sama ada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

[caption id="attachment_627824" align="aligncenter" width="779"] Antara individu yang ditahan dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak beroperasi di Jalan Pasar Baharu, Pudu pada 8 Februari 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Menurutnya mereka juga disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Selamat 21, Allaudeen berkata pihaknya mengenal pasti 50 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di sekitar ibu kota.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.