ad
AGENDA

Tol percuma pada 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

7 Feb 2024, 4:11 AM
Tol percuma pada 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 7 FEB: Pengguna lebuh raya kelas satu (kenderaan persendirian) bakal menikmati tol percuma selama dua hari mulai 8 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kemudahan itu dilaksana di semua lebuh raya mulai jam 12.01 tengah malam ini dan berakhir pada 11.59 malam pada 9 Februari, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, mesyuarat jemaah menteri menetapkan pengecualian itu tidak termasuk tol sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

"Tol percuma ini sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini," katanya seperti dilaporkan.

Kementerian itu berharap pemberian tol percuma dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang

perjalanan sewajarnya dan mematuhi syor jadual waktu perjalanan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.