ad
BERITA UTAMA

Bela masa depan anak istimewa, negeri peruntuk RM5 juta tubuh yayasan

6 Feb 2024, 12:30 AM
Bela masa depan anak istimewa, negeri peruntuk RM5 juta tubuh yayasan
Bela masa depan anak istimewa, negeri peruntuk RM5 juta tubuh yayasan
Bela masa depan anak istimewa, negeri peruntuk RM5 juta tubuh yayasan
Bela masa depan anak istimewa, negeri peruntuk RM5 juta tubuh yayasan

SHAH ALAM, 6 FEB: Sejumlah RM5 juta diperuntuk bagi menubuhkan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) yang dijangka mula beroperasi pada Oktober ini, kata EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata program yayasan yang diselia Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan memperkasa usaha sedia ada untuk membela nasib serta masa depan orang kurang upaya (OKU).

"Penubuhan YANIS bertujuan mengembangkan fungsi Jabatan Anak Istimewa Selangor yang mana sebelum ini menjadi pelaksana inisiatif berkaitan Bantuan Khas ANIS, Akademi ANIS, Prasekolah ANIS dan Pusat Sokongan Intervensi ANIS.

"Justeru, dengan wujudnya YANIS kita bukan sahaja dapat dana daripada Kerajaan Negeri tetapi kita akan berusaha mendapatkan bantuan awam untuk menyebar luaskan lagi program ANIS bagi membantu anak istimewa di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Bantuan Khas ANIS di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS di Bangunan IDCC di sini semalam.

[caption id="attachment_627316" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari mendengar permasalahan penerima yang hadir ketika Majlis Serahan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, Shah Alam pada 5 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato' Menteri Besar berkata YANIS bakal ditubuhkan bagi memperluas perkhidmatan kepada OKU tanpa mengira had umur berbanding sebelum ini hanya melibatkan bawah 18 tahun.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata selaras matlamat kedua Rancangan Selangor Pertama (RS-1), YANIS ditubuh untuk mempertingkat inklusiviti sosial dan kesejahteraan masyarakat dengan tumpuan terhadap kumpulan sasar.

Selain itu, katanya tumpuan turut diberikan kepada program pendidikan anak OKU, latihan dan pendayaupayaan agar mereka mampu mandiri dan mendapatkan peluang pekerjaan lebih baik.

[caption id="attachment_627369" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari mendengar permasalahan penerima yang hadir ketika Majlis Serahan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, Shah Alam pada 5 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_627318" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (tengah) bergambar bersama ketika Majlis Serahan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, Shah Alam pada 5 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.