ad
AGENDA

Tertipu skim pelaburan janji pulangan lumayan, warga emas rugi RM178,000

2 Feb 2024, 3:40 PM
Tertipu skim pelaburan janji pulangan lumayan, warga emas rugi RM178,000

SEREMBAN, 2 FEB: Seorang warga emas kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan “Navicap” pada 15 Nov lepas.

“Mangsa seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.

“Wanita itu menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan tersebut atas alasan akaunnya telah dibekukan. Susulan itu, dia membuat laporan polis pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.