ad
BERITA UTAMA

Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'

31 Jan 2024, 9:04 AM
Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SUBANG JAYA, 31 JAN: Kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' menjadi antara pengisian program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya tahun ini.

Datuk Bandarnya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata edisi pertama program diadakan pada 4 Februari ini di Taman Komuniti Putra Heights.

“Kita juga mengalu-alukan pengunjung beragama Islam untuk sama-sama mengimarahkan Masjid Putra Heights untuk menjayakan kempen #GengSubuhMacamJumaat untuk edisi kali pertama.

“Untuk tahun ini, MBSJ merancang untuk menganjurkan empat edisi bermula Februari sehingga 20 Oktober ini,” katanya pada mesyuarat bulanan di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sini hari ini.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat diilhamkan penyanyi dan pengacara, Alif Satar pada hari pertama 2024 mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan usia.

Kira-kira 3,000 jemaah menyertai kempen yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

[caption id="attachment_626393" align="alignnone" width="748"] Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan di Ibu Pejabat MBSJ, Subang Jaya pada 31 Januari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Fauzi menambah pelbagai aktiviti disediakan seperti sukan rakyat, jualan barangan terpakai, kayuhan santai, larian dan pertandingan memanah serta mewarna.

“Turut diadakan perkhidmatan kaunter bergerak hasil MBSJ, kaunter mesra rakyat dan pameran jabatan dalaman serta agensi luar.

“Semua warga Subang Jaya mahupun kawasan sekitar dijemput hadir untuk menyertai dan memeriahkan program ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.