ad
ADN

100 pesakit hospital Klang terima bakul makanan Tahun Baharu Cina

30 Jan 2024, 12:00 PM
100 pesakit hospital Klang terima bakul makanan Tahun Baharu Cina

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 JAN: Sebanyak 100 bakul makanan akan diserahkan kepada pesakit yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Hospital Ampuan Tengku Rahimah (HTAR), Klang.

Wakil rakyat Pandamaran Leong Tuck Chee berkata sumbangan itu bagi meringankan beban selain menaikkan semangat golongan itu agar cepat sembuh.

“Kita menerima permintaan daripada Ahli Lembaga Pelawat HTAR untuk menyampaikan bantuan bakul makanan ini dan berterima kasih atas sumbangan peribadi individu yang sudi memberi sumbangan kepada pesakit.

“Diharap dengan bantuan kecil ini dapat menceriakan pesakit dan meringankan sedikit beban ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Tuck Chee menambah sumbangan Tahun Baharu Cina diteruskan dengan pemberian bakul makanan kepada 10 keluarga yang memerlukan di Kampung Baru Pandamaran.

“Sumbangan ini kita adakan setiap tahun dengan kerjasama ketua kampung dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

“Selain bakul makanan, kami juga sampaikan wang saku dan barang perhiasan bagi membantu mereka dalam persiapan Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurut beliau, 500 keluarga telah menerima baucar beli-belah pada 28 Januari lalu di Pasaraya Giant Bukit Tinggi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.