ad
AGENDA

Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar, ditemukan dalam tandas

28 Jan 2024, 2:35 AM
Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar, ditemukan dalam tandas

SUNGAI PETANI, 28 JAN: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Penolong Penarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa yang berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas premis berkenaan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. Seramai 16 pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang merupakan anak pemilik kedai motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

"Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.17 pagi," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.