ad
BUDAYA

Sebutir nasi yang tersisa dalam pinggan

28 Jan 2024, 12:30 AM
Sebutir nasi yang tersisa dalam pinggan

(kepada Surono Danu)

sebutir nasi dalam pinggan beradu

murung ceritanya di tengah kenyang perut.

tersadai ketika manusia selesai

seperti tak diperlukan untuk mengeyangkan.

pernah bersama sahabat, air dan api yang menanak

mahu jadi gizi kepada manusia lapar.

kini tersisa sendiri dalam comot kari-gulai

akhir bersemadi dalam perangkap sisa makanan.

sebutir nasi, simbol kesederhanaan

kisah panjang keperitan dan pengorbanan.

Saiful Ghazali

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.