ad
AGENDA

PM hulur sumbangan, doakan kesihatan seniman veteran Jalil Hamid

27 Jan 2024, 6:14 AM
PM hulur sumbangan, doakan kesihatan seniman veteran Jalil Hamid

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan dan keselamatan kepada seniman veteran, Jalil Hamid yang sedang diuji dengan masalah kesihatan jantung.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi telah berkesempatan menziarahi dan memberikan sedikit sumbangan kepada pelantun lagu "Ayam" itu semalam.

“Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau.

“Saya mendoakan saudara Jalil dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya.

Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Mac tahun lepas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.