ad
AGENDA

Kedai runcit jadi tumpuan walaupun turut dilanda banjir

26 Jan 2024, 11:34 AM
Kedai runcit jadi tumpuan walaupun turut dilanda banjir

KUALA BERANG, 26 JAN: Bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan bekalan dan keperluan harian, peniaga kedai runcit di Kampung Nibong, di sini, meneruskan perniagaan walaupun kedainya dinaiki air sehingga paras paha.

Kamaruzaman Othman, 44, berkata dia bersama isteri Engku Hasnah Engku Kamaruzaman, 49, tetap membuka kedai memandangkan kedai runcitnya menjadi tumpuan apatah lagi kira-kira 1,000 penduduk belum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Dalam cuaca hujan, orang kampung datang cari mi segera serta barang lain. Barang asas sahajalah,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pelanggan dikenali Erwan berkata keputusan untuk terus membuka kedai itu memudahkan penduduk kampung.

Walaupun masih boleh membuat perjalanan keluar dan masuk ke bandar terdekat untuk mencari bekalan, namun hujan berterusan merencatkan aktiviti berkenaan.

"Tidaklah jauh mana untuk ke bandar, cuma musim banjir begini bila ada pilihan macam kedai runcit ini pun sebenarnya lebih memudahkan. Saya pun bukanlah hendak membeli pelbagai jenis barangan, cukup sekadar makanan ringan untuk isi perut sahaja,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.