ad
AGENDA

Keputusan kes jenayah Israel ke atas Palestin esok

25 Jan 2024, 7:56 AM
Keputusan kes jenayah Israel ke atas Palestin esok

THE HAGUE, 25 JAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah menerusi satu kenyataan media.

Sidang umum akan berlangsung pada 1 tengah hari di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan "genosid" ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu berlangsung selama dua hari bermula 11 Januari 2024.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.